Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pontianak Muncul Di Gereja...

ISLAMABAD - Heboh dalam kalangan netizen Pakistan apabila satu lembaga seram menyerupai pontianak...

MH17: Cinta Abadi Seorang...

PETALING JAYA -  Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29...

Bola Jaring Malaysia Unggul...

SKUAD bola jaring negara membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan...

Rezeki Sampah Tengah Laut...

PONTIAN - Seorang nelayan warga emas bukan saja turun ke laut untuk mencari...

Yusry dan Lisa Tidak Mahu Anak Dapat Perhatian Media

JIKA diperhatikan, memang sudah menjadi satu menjadi ‘trend’ bagi selebriti yang bakal menimang cahaya mata mendapat publisiti meluas.

Tidak kurang juga, menggunakan peluang yang ada untuk membiarkan anak mereka menjadi terkenal dan muncul dalam majalah atau rancangan televisyen tertentu.

Bagaimanapun, berbeza pula pendirian yang dipegang oleh Yusry KRU dan isterinya Lisa Surihani yang tidak mahu anak mereka nanti mendapat perhatian media kerana menginginkan anak mereka membesar seperti kanak-kanak lain.

Malah, sejak dikhabarkan hamil, aktres jelita Lisa Surihani boleh dikatakan jarang sekali menghadiri mana-mana majlis yang dihadiri oleh media apatah lagi mempamerkan baby bump di media sosial.

“Saya dan Lisa are very private people. Kami mahu anak kami membesar seperti mana kami membesar. Maksudnya, ketika kami membesar, ibu bapa kami bukanlah selebriti. Biar dia membesar seperti anak-anak yang lain,” kata Yusry.

Bercerita mengenai kandungan Lisa, Yusry memaklumkan mereka masih belum mengetahui jantina anak mereka dan akan mengumumkan sebaik sahaja isterinya bersalin sekitar bulan September ini.


“Keterujaan saya is beyond words. Saya tak dapat gambarkan kerana gembira teramat. Tapi macam mana gembira pun, kami tak berhenti berdoa agak baki sebulan lebih ini tidak diuji dengan apa-apa masalah dan berharap agar kelahiran anak kami nanti berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Tonton Extra

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori