Zahida Fitnah Bekas Pemandu, Diarah Bayar RM150 Ribu

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan pelakon dan sosialit, Zahida Rafik atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafik bertanggungjawab menfitnah bekas pemandunya.

Oleh itu, Hakim Datuk Hue Siew Kheng mengarahkan Zahida untuk membayar RM150,000 kepada Noor Azman Azemi sebagai ganti rugi atas kesalahannya.

[TERDAHULU: Bekas Pemandu Zahida Rafiq Didakwa Pecah Amanah]

Dalam prosiding sama, Hue turut memerintahkan Zahida membayar kos kepada bekas pekerjanya itu sebanyak RM40,000.

Selain itu, hakim turut menolak tuntutan balas Zahida yang memohon agar Noor Azman memulangkan kembali wang berjumlah RM200,000 yang kononnya dicuri daripada Zahida.

Skandal-Shafie-Afdal

Pada 27 November 2013, Noor Azman menfailkan saman malu kepada pelakon filem Mami Jarum itu kerana menuduhnya melarikan wang milik wanita tersebut yang sepatutnya digunakan untuk urusan perniagaan.


Zahida membuat tuduhan tersebut menerusi sebuah artikel yang disiarkan Harian Metro pada 3 Mac 2012. Bukan itu sahaja, Zahida turut menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran buat mana-mana individu yang dapat menjumpai Noor Azman.

– MYNEWSHUB.CC

Pengakuan Jujur – Pengakuan Zahida Rafik Menggunakan Botox

 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...