Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Loke: Pemimpin UMNO Desak...

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyatakan rasa hairan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri...

41 Pegawai Dan Pemain...

ALOR SETAR - Seramai 41 pegawai dan pemain Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)...

Kekalkan Perpaduan, Mentaliti Menang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Terlalu Sedih, Ibu Nekad...

TRAGIS... Seorang ibu bertindak di luar kawalan apabila sanggup membunuh diri dengan terjun...

Cara ‘Kreatif’ Pemandu Lori China Elak Saman

SEBAHAGIAN pemandu lori di China menggunakan pelbagai cara ‘kreatif’ bagi mengelakkan saman trafik selepas melakukan kesalahan di jalan raya.

Ini termasuklah mengupah orang awam untuk berdiri dan berpaut pada kenderaan mereka bagi tujuan menutup nombor pendaftaran.

South China Morning Post melaporkan polis di Liujiang dalam wilayah Guangxi berkata, sebanyak 15 kes sepanjang tahun ini membabitkan tindakan pemandu yang menggunakan pelbagai cara untuk menutup nombor kenderaan mereka.

Ini disebabkan sebahagian jalan yang menghubungkan jalan nombor 322 dengan Liuzhou dengan beberapa daerah berdekatan sering digunakan kenderaan berat dan bagi mengurangkan kesesakan, polis tempatan menetapkan jadual masa perjalanan mengikut angka pada nombor pendaftaran.

Sehubungan itu, hanya kenderaan dengan nombor tertentu dibenarkan menggunakan laluan berkenaan pada satu-satu masa.

Namun, pemandu kenderaan berat mempunyai pelbagai cara ‘kreatif’ untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan saman iaitu ada pemandu yang menggunakan kertas, cakera padat (CD) dan alat kawalan jauh bagi menutup atau menukar nombor pendaftaran kenderaan mereka.


Pemandu kenderaan berat ini juga cenderung untuk melanggar jadual perjalanan khususnya pada waktu malam.

Mereka yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda ratusan Yuan dan lesen kenderaan ditarik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori