Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jenaka Sarkastik Tahap Gaban...

ARTIS desparado tidak akan peduli berapa harga publisiti. Malah, artis jenis ini akan...

Sufian Suhaimi Kini Akui...

SIAPA tidak kenal Sufian Suhaimi yang merupakan seorang penyanyi dan mula diberikan perhatian...

Polis Jejak Suspek Kes...

LABUAN - Polis sedang menjejaki seorang wanita dipercayai ibu kepada janin yang dibuang...

6 Termasuk Calon SPM...

BUTTERWORTH - Polis menahan enam lelaki, termasuk seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

KKM Kaji Keperluan Dos Penggalak Keempat

KUALA LUMPUR : Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan Omicron.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

“Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.


“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.

“Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini,” katanya kepada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori