Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Perkenan Bubar...

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

Muhyiddin, Shafie Ke Blok...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan perubahan kedudukan bekas Timbalan...

Presiden Tanzania Arah Tahan...

NAIROBI - Presiden Tanzania, John Magufuli semalam mengarahkan penangkapan pengurusan feri yang karam...

UMNO Johor Nafi BN...

KUALA LUMPUR - Badan Perhubungan UMNO Johor menafikan Barisan Nasional (BN) di negeri...

JDT, Borussia Dortmund Tandatangani Perjanjian Usahasama

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) memuktamadkan kerjasama dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund melalui pemeteraian perjanjian usahasama diantara kedua-dua pasukan hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor.

Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan, Borussia Dortmund diwakili oleh Pengarah Pemasaran dan Jualan Borussia Dortmund,Carsten Cramer.

“Turut serta Jurulatih, Mr Andreas Barth, Ketua Pembangunan Belia, Edwin Boekamp dan lagenda bola sepak Karl-Heinz Riedle selaku Duta Antarabangsa Borussia Dortmund,” kata laman Facebook berkenaan.

Jelas Johor Southern Tigers, antara usaha sama melibatkan perkongsian kepakaran dan kejurulatihan, maklumat berkaitan latihan dan taktikal dan pertukaran pemain.

“Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil penyokong Harimau Selatan iaitu Boys Of Straits (B.O.S),” lapor laman Facebook itu.


Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail dalam kenyataan berasingan menggesa peminat bola sepak tanah air memberi sokongan kepada pasukan masing-masing secara positif.

Sehubungan itu, Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendoakan pasukan Pahang yang turut beraksi dalam kejohanan Piala AFC 2015 dapat melakukan yang terbaik musim ini.

“Kepada semua peminat bola sepak di luar sana, teruskan menyokong pasukan masing-masing dan kekal positif,” titah baginda. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori