Polis Tahan Seorang Lelaki Kes Kekecohan Piala AFF Suzuki

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki berumur 20-an susulan insiden kekecohan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata lelaki itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi tujuan soal siasat dan dibebaskan beberapa jam kemudian dengan jaminan polis.

“Seorang penyokong pasukan Vietnam cedera dalam pergaduhan antara kedua-dua penyokong ketika perlawanan memasuki minit ke-85, tetapi hasil tindakan pantas polis insiden berkenaan berjaya dileraikan,” katanya dalam kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Dalam perlawanan semalam menyaksikan skuad Harimau Malaya kecundang di laman sendiri selepas kalah 2-1 kepada Vietnam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...