Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBT Perlu Lebih Telus...

KUALA TERENGGANU - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran supaya lebih telus dan terbuka...

Rusiah Jemaah Haji Malaysia...

PETALING JAYA - Lembaga Tabung Haji mengesahkan Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak...

Ibu Kejam Rantai Anak...

China – Seorang wanita mempunyai kaedah `kejam’ untuk mengelakkan anak lelakinya yang berusia...

Salur Maklumat Kerja Panggilan...

SHAH ALAM - Syarikat pembekal perkhidmatan utiliti seperti gas, elektrik dan air digalakkan...

8 Bahasa Tamil Yang Sering Kita Ungkap Dalam Pertuturan Harian

Dalam perbualan harian, kita sering mendengar bentuk bahasa yang mencampuradukkan dua atau lebih bahasa dalam satu ungkapan atau perbualan dalam masyarakat kita.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai ramai kawan yang berlainan bangsa dan agama.

Penggunaan bahasa Tamil dalam perbualan harian adalah satu yang normal di Malaysia.

Walaupun penggunaan di kalangan bukan masyarakat Tamil agak mengarut dari maksud asal, namun masyarakat Tamil kita pun sporting dan biasanya memahami apa yang cuba disampaikan.

Jarang sekali mereka akan ambil hati atau marah.

Jom kita lihat penggunaan beberapa patah bahasa tamil yang sering digunakan dalam pertuturan harian.

1. Dey

Perkataan kepada seseorang yang melakukan atau mengatakan sesuatu yang bodoh, bangang atau mengarut. Namun, kita sering menggunakanya di awalan pada kebanyakkan permulaan ayat.

2. Poda & Pode

Poda bermaksud, Berambus kau lelaki dan Pode bermaksud , berambus kau bagi perempuan. Apabila anda sedang marah, maka perkataan ‘poda’ ini sering digunakan, lebih-lebih lagi golongan anak mami di utara tanah air.

3. Elek

Elek digunakan untuk mengatakan ‘tidak ada’. Sering kali kita lihat, penggunaannya digabungkan bersama keadaan kepala si pecakap dengan mengelengkan kepala.

4. Sapadek

Digunakan untuk kata ganti makan. Selalu kedengaran bila berada di restoran mamak bukan?


5. Anne/Anna

Perkataan Tamil bagi Abang. Contoh penggunaan yang sering kita dengar, “Anne, teh o ais satu!” . Maksudnya, abang, teh 0 ais satu!

6. Thangachi

Perkataan sopan bagi adik perempuan. Di Malaysia, ia selalu digunakan untuk merujuk kepada kawan lelaki dan perempuan.

7. Macha

Bermaksud ‘adik ipar’ . Sering digunakan untuk memangil kawan, penggunaanya lebih kurang sama seperti “Anne”. Di kalangan masyarakat Tamil, bukan sebarangan orang memanggil orang lain macha kerana silap hari ia boleh mengundang kemarahan. Sesama kawan mungkin boleh tetapi antara orang yang tidak dikenali, baik elakkan.

8. Mapelley

Sering disalah gunakan untuk merujuk kepada tempat makan atau food court masyarakat mamak. Hakikatnya, ia bermaksud menantu lelaki! … Camna leh rujuk kat food court entah la…

 

**So, sekarang anda dah faham beberapa maksud perkataan yang kerap kita guna ni, jadi berhati-hatilah sikit bila menggunakannya. Janganlah uncle mamak yang tua seumur bapak kita tu dipanggil macha… nanti orang tanya balik…“Bila hari kau kahwin kakak dia?”.

Sebagai tanda hormat… panggilah uncle atau ayya…

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori