Aktres Diusir Iran Bogel Untuk Majalah Erotik Perancis

Golshifteh Farahani

PARIS — Setelah diusir keluar dari negaranya sendiri kerana menayangkan payu daranya menerusi video kontroversi untuk anugerah Cesars di Perancis pada 2012, aktres kelahiran Iran, Golshifteh Farahani sekali lagi mencetuskan kekecohan baharu.

Kali ini, pelakon berusia 31 tahun itu muncul bergambar hitam putih dengan penampilan tubuh telanjang sambil beraksi ghairah dalam keluaran terbaharu majalah erotik Perancis, Egoiste yang dirakamkan jurufoto terkenal di dunia, Paolo Roversi.

Golshifteh pernah berbogel untuk mempromosikan Cesars pada 2012, acara penganugerahan karya skrin terbaik Perancis setaraf Academy Awards di Hollywood sehingga menyebabkan nama dia langsung dilarang menjejaki tanah tumpah darahnya.

Golshifteh Farahani

Stesen Al-Arabiya pada waktu itu melaporkan, pihak berkuasa menghubungi keluarganya di Teheran untuk memaklumkan Golshifteh bakal dihukum jika ‘berdegil’ pulang ke Iran dengan payu daranya akan dipotong dan disajikan di piring untuk bapanya makan.

Sejak itu, beliau terpaksa menetap di Paris bersama suaminya, Amin Mahdavi, namun penampilan terkini Farahani menimbulkan isu kemungkinan ia tindak balas terhadap negara asalnya yang dianggap menindas kebebasan akhbar dan hak bersuara rakyat.


Stesen Fox News memetik Golshifteh sebagai berkata: “Perancis telah membebaskan saya dan ini satu-satunya tempat di dunia wanita tidak perlu berasa bersalah. Di Timur, anda bersalah sepanjang waktu setelah memiliki dorongan seksual yang pertama.”

Golshifteh mula dikenali ketika menjadi heroin kepada aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dalam filem adaptasi novel, Body of Lies pada 2008, sekali gus menjadi pelakon wanita Iran pertama tampil menerusi filem Hollywood sejak zaman Revolusi Iran 1979.

Namun, banyak pihak meragui niat sebenar Golshifteh kononnya bekas penuntut Universiti Islam Azad itu mendakwa foto telanjang tersebut adalah cara terbaik untuk mendukung hak asasi wanita Iran, sebaliknya ia merendahkan lagi imej sopan beliau selama ini.

Beliau yang juga penyanyi dan pemuzik, sudah pun berlakon lebih 25 buah filem sejak berusia 14 tahun, malah adik kepada pelakon wanita terkenal, Shaghayegh Farahani; serta anak bongsu kepada Behzad Farahani, pengarah teater ternama Iran. – Agensi

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...