Antara Berani KJ Vs Penakut LGE Diterjah Soal Cepumas Media

BERANI kerana benar, takut kerana salah… Mungkin itulah yang sesuai bagi menggambarkan perbezaan wajah antara penampilan imej Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketika portal berita dan jentera maya propembangkang sibuk siar muka monyok Lim Guan Eng semasa membawa wartawan meninjau banglo ‘murahnya’ di George Town, niat tersirat mereka itu hanyalah untuk menagih simpati.

Pada masa sama, tentera siber antikerajaan bertungkus-lumus pula memaparkan keadaan muka ‘takut’ Khairy selepas terbongkar skandal penyelewengan RM100 juta melibatkan pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.

Begitulah hebat permainan jahat mereka, namun segalanya kantoi sekelip mata secara semula jadi dan berubah terbalik 360 darjah tidak sampai 24 jam dalam situasi disebut senario kes terburuk atau worst case scenario.

Lucunya ini tidak dilaporkan mereka yang tentu ‘habis idea’ cari bahan baharu alih isu skandal banglo Guan Eng dan misteri tanah Taman Manggis apabila kian panas menyamai kes bekas menteri besar Selangor, Dr. Khir Toyo.

Untuk rekod, Khairy menjadi tumpuan wartawan pada Selasa lalu sekalipun baharu Isnin sebelumnya beliau buat sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya menjelaskan isu pegawai kanan kementerian itu songlap dana kerajaan.

Uniknya sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di ibu pejabat UMNO di PWTC, Kuala Lumpur menjadi medan paling dahsyat apabila dihujani pelbagai lagi soalan mengenai isu itu.

Beliau berjaya jawab dengan tenang semua soalan cepumas waima diasak teruk sampai kepada peringkat wartawan sudah habis modal untuk tanya lagi dan sebaliknya Khairy pula terus membuka diri untuk disoal.

“Betulkah… dah habis ke isu ini, saya tak nak orang kata saya macam sengaja lari tak nak jawab soalan. Pastikan semua puas hati… sebab semalam ada orang tulis di media sosial kata sekejap saja sidang akhbar, 20 minit…

“Saya hendak pastikan… tolong tulis saya pula tanya soalan sampai tidak ada lagi soalan daripada wartawan,” sindir Khairy pada sidang akhbar rutin tersebut yang turut disertai oleh barisan Exco Pemuda UMNO lain.

Sebenarnya Khairy boleh ambil jalan selamat dengan ‘ubah’ isu kata perbuatan Setiausaha Bahagian kementerian itu seleweng dana kerajaan bukan berlaku semasa beliau jadi menteri sebaliknya zaman menteri sebelumnya.

Pegawai tersebut dikatakan sudah pun membuat kerja haram itu secara rahsia tanpa dapat dikesan sejak 2008 lagi, sedangkan Khairy baharu dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Namun apabila ditanya mengenai hal itu, beliau tidak mahu dikaitkan dengan menteri sebelumnya: “Saya jawab apa yang berlaku sekarang dan saya menteri sekarang, saya bertanggungjawab jawab apa berlaku sekarang.”

“Pihak SPRM boleh siasat siapa sahaja termasuk saya, kita akan kerjasama sepenuhnya,” katanya tidak mahu sembunyi di sebalik konon isu ini meletus gara-gara ada orang hendak sabotaj kedudukannya sebagai ahli politik.

“Rasuah tetap rasuah. Saya tak boleh bagi alasan konon ini konspirasi politik nak jatuhkan saya, rasuah adalah jenayah, jika berlaku mesti kita ambil tindakan. Tak betul maka tak betullah. Kita berdiri teguh dan jujur,” ujarnya.


Ditanya mengenai pegawai yang dicekup SPRM itu, Khairy kata beliau tidak sedar pegawai itu ada kehidupan yang di luar kemampuan, malah suspek bertugas seperti biasa tanpa mempamerkan ‘kemewahan’ ketika di pejabat.

Lain pula kisahnya melibatkan Guan Eng apabila visual disiarkan stesen berita tempatan menunjukkan beliau lebih monyok ketika cuba melarikan diri daripada diterjah wartawan menjadi viral di media sosial seluruh dunia.

Nampaknya tindakan spontan Guan Eng ‘menyelamatkan’ diri daripada menjawab skandal banglo murah dengan enggan melayan soalan wartawan di lobi Dewan Rakyat pada Rabu jelas menunjukkan beliau memang penakut!

Sejurus selepas keluar daripada lobi Parlimen, Guan Eng dikerumuni oleh puluhan wartawan bak selebriti terkenal namun tidak berkata walau sepatah ayat pun sebaliknya berjalan laju menuju ke keretanya yang menunggu beliau.

Waima wartawan yang letih mengerumuninya meminta beliau mengulas saranan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah agar bercuti bagi memudahkan siasatan, tetapi Guan Eng hanya ‘membisu’ bodoh!

Antara soalan panas wartawan kepadanya adalah: “YB komen tentang saranan Ku Li mahu YB bercuti…”; “YB janganlah berjalan laju, berhentilah dulu…” dan “YB, bagilah kami peluang tanya soalan sikit.”

Isu itu timbul susulan pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen menggesa SPRM menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di Jalan Pinhorn, George Town.

SPRM Pulau Pinang dilaporkan bakal membuat siasatan terhadap lapan aduan dilaporkan oleh pelbagai pihak di seluruh negara mengikut Akta SPRM 2009 iaitu penjawat awam menerima suapan ekoran skandal tersebut.

Hakikatnya, Guan Eng memang pengecut hingga jadi bahan jenaka banyak pihak di Pulau Pinang apabila pelbagai alasan beliau dalam isu sensitif itu kebelakangan ini semakin ‘memakan’ dirinya semula. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Kantoi Skandal Banglo Murah, LGE ‘Jaja’ Nama Arwah Nik Aziz

Juga: Annuar Musa Sindir Lim Guan Eng Mampu Beli Rumah Mewah

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...