Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Tiri, Bapa Mengaku...

SUSULAN kes kanak-kanak lima tahun, Nur Zuliana Zaara Zulkifli atau Yaya yang dipercayai...

Mira Filzah Tak ‘Takut’...

UMUM mengetahui Aliff Aziz dan Mira Filzah pernah digabungkan dalam drama bersiri Meh...

Warna Air Paip Di...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan berasa...

Pencuri Tabung Masjid Dapat...

MIRI - Dua pencuri sekadar mendapat RM50 sahaja ketika cuba berhempas pulas mahu...

Apakah Penyakit Ain?

PENYAKIT ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Ain adalah pandangan hasad dari tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.” (Fath al-Baari, 10/200)

Dalam Irsyad al-Hadith Siri Ke-5, pihak mufti berpegang bahawa penyakit ‘ain ini ada asasnya dan ianya disebut dalam hadis dan diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun ‘alain) bahkan ianya berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Penyakit ini pernah menimpa sahabat Nabi SAW, Sahl bin Hunaif tatkala terkena ‘ain Amir bin Rabi’ah.

Dalam perkembangan dunia sosial hari ini, semuanya dihujung jari. Masing-masing seronok berkongsi perihal diri masing-masing tanpa sedar ada ‘mata-mata’ yang memerhati. Kehidupan peribadi bukan sahaja menjadi tatapan orang, malah tanpa disedari, kita sebenarnya telah terdedah dengan keburukan-keburukan yang tersembunyi daripada orang lain seperti dengki dan iri hati. Dalam Islam, perkara ini dipanggil ‘ain atau ‘penyakit ‘ain’.

Menurut Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ‘ain adalah thabit (kukuh) di dalam nas-nas syara’.

Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).

(Ikuti Telegram Mynewshub di sini)


Surah al-Qalam (51)

Menerusi firman Allah di atas, Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)

Menerusi ayat ini, jelaslah bahawa sasaran serta pengaruh “mata” adalah benar-benar nyata kewujudannya atas perintah Allah SWT.

Tidak semua perkara perlu dipertontonkan kepada umum. Bersederhanalah dalam setiap perkara itu lebih baik dan dapat menjauhkan diri kita dari keburukan-keburukan di sekeliling.

 

Baca :

Kelebihan Surah Al-Fatihah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori