Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

Lebih 700 Rumah Kekal...

KOTA BAHARU - Sebanyak 753 rumah kekal baharu siap dibina untuk penduduk yang...

Sistem Rawatan Air M’sia...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Sekurang-kurangnya 30,000 etnik Rohingya di kem pelarian yang terletak...

Kutipan SST 2018 Sebanyak...

PUTRAJAYA - Hasil kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Jabatan Kastam Diraja...

Badak Air Tertua Di...

MANILA - Bertha, dipercayai badak air tertua di dunia akhirnya mati pada usia...

Babi Hutan Jadi Anak Angkat Keluarga Lembu

BERLIN – Seekor anak babi hutan di Goettingen, Jerman dilaporkan sanggup berhijrah meninggalkan hutan untuk hidup bersama-sama dengan sekawan 30 ekor lembu di sebuah ladang ternakan tempatan.

Peladang Dirk Reese memberitahu, babi yang diberi nama timangan ‘Banana’, sudahpun tinggal dengan lapan ekor lembu selama lebih dua bulan di kawasan terletak di utara Hamburg, tidak jauh dari sempadan Denmark.

Agensi berita DPA memetik Reese sebagai berkata, Banana diterima dengan baik oleh lembu-lembu itu – “Ia dapat bergaul dengan sekawan lembu dan ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.”


Menurut Reese, Banana kini semakin terkenal di daerah pedalaman tersebut walaupun ia dianggap haiwan liar dan tergolong pula dalam kumpulan binatang najis berat atau mughallazah menurut ajaran Islam.

Atas sebab itu, Banana dapat hidup bebas bersama keluarga baharu haiwan itu dan bagi Reese pula, beliau boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi bimbang sekiranya Banana dijadikan sasaran oleh para pemburu tempatan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori