Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MAIK Agih Daging Korban...

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan...

Haram Lafaz ‘Al Madad...

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang...

Kuih Peneram Sepi, ‘Lima...

BAGAN SERAI - Kuih peneram sepi, manakala kuih 'lima seringgit' pula menjadi popular...

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan...

Burger Terhebat Di Dunia Tanpa Guna Daging

NEW YORK – Satu burger terbaharu di kota raya New York, Amerika Syarikat dinobatkan sebagai yang terhebat di dunia walaupun tidak langsung mengandungi daging.

Superiority Burger terkenal ini berharga AS$6 (RM26) dibuat dengan hanya menggunakan pati sayur-sayuran dan dinamakan burger paling hebat di dunia oleh majalah GQ.

Pasti pilihan itu menimbulkan kontroversi, tetapi ramai yang memuji rasa dan tekstur intipati burger itu tanpa mengetahui ia sebenarnya tiada langsung menggunakan daging lembu.

Burger itu dihidangkan dengan roti ban, daun salad dan tomato selain jeruk dil dan sos. Pemilik Superiority Burger East Village, Brooks Headley berkata, isi kandungan burger sayuran rahsianya.


Namun, bekas pemain dram kumpulan punk rock tersebut malah berkata, burger vegetarian semakin popular di negara kuasa besar dunia itu.

“Saya tidak perlu makan daging untuk menikmati burger yang sempurna. Keenakannya dinikmati secara menyeluruh, setiap kunyahan pati burger digabungkan dengan ban, daun salad dan sos memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori