Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Calon BN Di PRN...

PUTRAJAYA - Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda UMNO Kemuka 10...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO sudah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk...

Luah Amaran Kepada Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Rakyat harus hantar amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi...

Azmin Keseorangan Bela Nasib...

BELUM pernah berlaku dalam sejarah seorang timbalan presiden sebuah parti yang bertaraf ketua...

Gambar Detik Akhir Tragedi Belon Udara Ragut 11 Nyawa Didedah

WELLINGTON – Beberapa gambar mengejutkan menunjukkan detik-detik akhir kebakaran belon udara panas di Carterton yang mengakibatkan kematian 11 penumpangnya – disifatkan kemalangan udara paling buruk New Zealand didedahkan atas sebab kepentingan awam.

11 mangsa yang maut sewaktu tragedi belon udara panas hangus lalu terhempas di Canterton, New Zealand.
11 mangsa yang maut dalam tragedi belon udara panas di Canterton, New Zealand.

Semua gambar tragedi tiga tahun lalu itu pada mulanya dilarang disiarkan, namun koroner yang menyiasat kejadian, Peter Ryan, membenarkan empat daripadanya didedahkan atas permohonan keluarga mangsa dan media tempatan.

Keputusan Ryan itu tidak dipersetujui jurugambar Geoff Walker kerana dianggap hak ciptanya. Hakim Allan Mackenzie bagaimanapun memerintahkan gambar berkenaan didedahkan di inkues awam bagi kes itu.

Gambar berkenaan jelas menunjukkan bakul membawa penumpang dan jurumudinya Lance Hopping terbakar sebelum hangus lalu terus jatuh dari langit.

images

Ayah seorang mangsa, Alexis Still, bersetuju gambar berkenaan didedahkan untuk mengelak tragedi seumpama berulang.


“Ia memberi kesan berbeza apabila kita melihat gambar kejadian berbanding sekadar membaca mengenainya,” katanya.

Chrisjan Jordaan,21, dan Alexis Still,19, sempat bergambar sebelum menaiki belon udara yang meragut nyawa mereka.
Chrisjan Jordaan,21, dan Alexis Still,19, sempat bergambar sebelum menaiki belon udara yang meragut nyawa mereka.

Ryan masih belum membuat keputusan bagi inkues itu, namun dalam prosiding tahun lalu mahkamah dimaklumkan Hopping, 53, penagih ganja tegar.

Malah laporan bedah siasat menunjukkan dadah berkenaan ada dalam badannya yangsecara tidak langsung dipercayai jadi punca kejadian.

Mahkamah turut diberitahu, belon berkenaan terlanggar talian elektrik 33 kiloVolt (kV) dan terbakar sebelum tangki gas petroleum cair meletup memarakkan api. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=ALKIW3i9JhI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori