Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Inilah 6 Adi Wira...

TAHUKAH anda sebenarnya ada enam watak superhero atau adi wira dalam siri komik...

PMO Nafi Kerajaan Beri...

PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah...

Tragedi Ittifaqiyah: Terkilan Tak...

KUALA LUMPUR - Anggota keluarga kepada tiga beradik yang terkorban dalam kebakaran di...

GAMBAR: Sumbangan Orang Ramai...

Jujurnya, kami kagum dengan keprihatinan rakyat Malaysia di saat beberapa negeri menghadapi musibah...

Foto: Kapal TLDM Hampir Tenggelam

Terkejut tatkala mendengar perkhabaran sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam, tersebar di media sosial.

Bagaimanapun perkara ini disahkan sendiri pihak TLDM bahawa, sebuah kapal hidrografi TLDM yang sedang menjalani Senggaraan Refit di (BNSSB) Limbungan Boustead Naval Shipyard, Lumut tenggelam secara tiba-tiba.

Insiden ini didakwa berlaku apabila kapal berkenaan dipenuhi air (kebanjiran) kira-kira pukul 11.17 malam, 18 November lalu.

Usaha menyelamatkan kapal tersebut segera dilakukan oleh BNSSB dengan kerjasama pihak TLDM sendiri.

7 9

1 0

1


Berikutan insiden tersebut tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebagai info tambahan, kapal yang dikenali sebagai KD PERANTAU ini adalah sebuah kapal hidrografi yang telah digunakan pada 1998 oleh Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kapal ini diserahkan ke BNSSB untuk menjalani  kerja-kerja selenggaraan sejak 10 November lalu.

Kerja-kerja selenggaraan ini dijangka siap pada 10 Ogos 2015, seterusnya kapal tersebut bakal diserahkan kembali kepada TLDM.

Peralatan seperti motor, pam dan peralatan pengukuran sempat dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian kerana dikhuatiri sebarang kejadian tak diingini ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Sebuah Lembaga Siasatan juga dikatakan bakal ditubuh bagi mengenalpasti punca kejadian ini berlaku. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori