SEBAGAI jabatan kerajaan yang menjalankan tugas berkaitan penguatkuasaan, kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat seharusnya peka dan tidak melakukan kesalahan begini.
Jangan pula disalahkan orang awam apabila gambar kenderaan JPJ parkir di tempat yang salah ini tersebar kerana ianya memang tak wajar dilakukan sesiapa pun apatah lagi pihak yang bertanggung jawab memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi di Malaysia.
Lokasi kenderaan JPJ diparkir di tempat yang dikhaskan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) ini dikatakan diambil di NBC Penang Port, Butterwoth, Pulau Pinang.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi