Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Taman Industri Tok Bali...

PASIR PUTEH – Taman Perindustrian Tok Bali yang akan diwujudkan di sini oleh...

Mangsa Terkandas Dakwa ‘Taukeh’...

SEORANG mangsa yang terkandas di Monorovia, Liberia sejak 4 Februari lalu menceritakan mereka...

PDC Travels Tangani Kes...

SIAPA tidak mahu lepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci? Melaksanakan ibadah umrah...

Penggunaan IBS Meningkat 81...

KUCHING – Penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Malaysia secara keseluruhannya meningkat kepada...

Gilakan Nutella? Ini Resepi Mudah Nutella Homemade

Siapa yang tak sukakan Nutella kan? Lagi-lagi bila dimakan begitu sahaja. Memang menjilat jari jadinya!

Maka tidak hairanlah, Nutella sangat popular dan menjadi koleksi wajib yang perlu ada di dapur bagi penggemar coklat.

download

Apa yang unik tentang Nutella, selain dibuat sapuan atas roti, coklat ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan pelbagai koleksi pencuci mulut antaranya kek dan biskut.

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda resepi mudah untuk membuat Nutella homemade.

Selain mudah dibuat, bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang didapati.

images (2)

 Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah/hazelnut (sangai tanpa minyak dan buang kulit)
1 cawan gula icing
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
Minyak jagung (agak-agak mengikut kepekatan yang anda mahu)


Cara-caranya

1. Kisar kacang sehingga keluar minyak

2. Di dalam mixer, putar bahan gula, serbuk koko dan esen vanila dan masukkan kacang yang sudah dikisar halus.

3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan samada mahu pekat atau cair.

4. Mix hingga tesktur halus dan sebati

5. Siap!

Resepi ini juga boleh dilakukan para ibu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan silaturrahim! – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iMwpQ-nV-Cs]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori