Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Saling Ingat Mengingati Kesan...

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya...

Lelaki Terkejut Terakam Gambar...

SEORANG pensyarah terkejut sehingga tidak dapat tidur lena selepas melihat satu entiti aneh...

PRK Sungai Bakap: Tiada...

NIBONG TEBAL - Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal...

Warga Emas Rugi RM50,000...

KUANTAN - Seorang wanita warga emas kerugian RM50,000 selepas diperdaya dengan panggilan palsu...

Harga Minyak Februari 2016, Semua Turun Harga

SETELAH mencatat penurunan pada bulan lepas, Februari 2016 menyaksikan harga bagi RON 95 diturunkan lagi sebanyak 10 sen menjadi RM1.75 sen seliter.

RON97 turut diturunkan harga 20 sen menjadi RM2.05 manakala diesel mencatat penurunan tertinggi 25 sen menjadikan harganya kini RM1.35 seliter.

Penentuan harga minyak RON95 dan Diesel di Malaysia diumumkan mengguna kaedah sistem apungan terkawal mulai 1 Disember 2014.

Di bawah, disertakan jadual harga minyak yang diumumkan di negara ini sejak sistem berkenaan diguna pakai bermula Januari 2015:

minyak

Kredit gambarajah jadual harga minyak: panduanmalaysia.com


Dapat dilihat, harga diesel pada Februari 2016 adalah yang termurah dicatat setakat ini manakala RON95 dan RON97 turut memecah rekod harga terendah di pasaran sejak Februari 2015.

Di sini terbuktilah janji ketika sistem kiraan baru harga minyak diumumkan di Malaysia iaitu, harga minyak bukan sahaja boleh naik tetapi juga menjunam mengikut pasaran dunia telah dikotakan kerajaan.

Semoga penurunan harga minyak ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan rakyat pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori