Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 1,556 Syarikat Di...

KUANTAN - Sejumlah 1,556 syarikat di Pahang yang membuat perbekalan bercukai melebihi RM500,000...

Pribumi Kurang Ahli ‘Pancing’...

AKIBAT kekurangan ahli, terdapat cubaan pihak tertentu memujuk anggota sayap parti UMNO menyertai...

Kes Rasuah Guan Eng,...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 November bagi...

Banjir: Mangsa Di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Hujan di bahagian Kuching mengakibatkan dua pusat pemindahan banjir dibuka...

Ibu Derma Rahim Untuk Anaknya Boleh Bersalin

BEIJING – Seorang wanita tempatan bernama Yang Hua di Ankang, wilayah Shaanxi mengadu kepada ahli-ahli keluarganya bahawa dia hairan tidak pernah mengalami haid sepanjang hidupnya.

Apabila mencecah usia 20 tahun pada tahun 2013, Yang ketika itu baharu menyedari bahawa beliau sebenarnya langsung tidak mempunyai rahim atau faraj sejak dilahirkan ke dunia.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa Yang memang tidak mempunyai uterus dan vagina sejak bayi lagi, demikian menurut laporan beberapa akhbar tempatan.

Yang dan suaminya, yang sangat menginginkan seorang anak kemudian dinasihati oleh doktor dari Hospital Xijing, Xi’an di wilayah Shaanxi, supaya menjalani pemindahan rahim.

yang1

Malangnya pembedahan pemindahan rahim amat jarang dilakukan oleh sebahagian besar doktor di seluruh dunia kerana risikonya yang cukup tinggi malah boleh membawa maut.

Kali pertama pembedahan sebegini dibuat ialah pada 2000 di Arab Saudi dan setahun kemudian di Turki dengan kedua-duanya gagal sebelum berjaya di Sweden pada akhir 2014 lalu.

Namun, doktor kemudian menyatakan bahawa pembedahan ke atas Yang boleh dilakukan dengan risiko yang rendah kerana mujur penderma rahimnya merupakan ibunya sendiri.


Ibu Yang yang berusia 43 tahun itu dilaporkan bersetuju apabila mendapat tahu bahawa beliau adalah penderma rahim yang paling sesuai bagi diterima oleh si anaknya tersebut.

yang2

Ini kerana beliau turut mahu Yang mempunyai tahap ‘kesuburan’ tersendiri pada masa akan datang dan memiliki anak seperti wanita berkeluarga lain yang sudah lama berkahwin.

Pada 20 November lalu, sepasukan 38 orang doktor pakar dengan bantuan sebuah mesin pembedahan khas berjaya menjalankan pemindahan rahim tersebut dalam masa 14 jam.

Menurut laporan media tempatan, Yang dan ibunya berada dalam keadaan baik dan pembedahan pemindahan itu merupakan yang pertama kali di China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori