Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Tiada Sebab Untuk Lepas...

AYER HITAM - Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tiada sebab untuknya melepaskan jawatan...

‘Duri Dalam Daging’ Suka...

HUTAN MELINTANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan...

Kertas Kerja Jadikan Pulau...

SEMPORNA - Kertas kerja bagi menaiktaraf Pulau Bum Bum sebagai daerah kecil telah...

LHDN Sahkan Sumbangan Politik...

DARI FB NAJIB RAZAKINI jawapan rasmi parlimen diberi Menteri Kewangan PN kepada soalan...

JAWI Naikkan Harga Sijil, ‘Kursus Kahwin’ Mulai Februari

DI SAAT-SAAT negara kecoh tentang isu harga barang dituntut agar turun sempena penurunan harga minyak, rupanya ada yang naik harga dalam diam-diam.

Ianya adalah kadar bayaran bagi mengikuti kursus pra-perkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan.

Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak nak kena pergi kursus untuk dapatkan sekeping kertas berharga tersebut.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.

unnamed

Justeru harga RM85 yang merangkumi bayaran untuk yuran penyertaan RM80 dan sijil kursus (RM5) sebelum ini, meningkat kepada RM130 iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.

Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’.

Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.

Cuma… sajalah nak bertanya, bukankah dalam Islam urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan?


Sebagaimana alasan JAWI dalam pekeliling ini tentang kenaikan kos hidup semasa, pernahkah terfikir pasangan Islam yang datang ke kursus pra-perkahwinan ini ada yang terdiri daripada mereka yang berjuang keras untuk hidup di kota wilayah namun nekad mahu mengikut sunah nabi menyambung umatnya.

Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah.

RM45 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup semasa bak kata JAWI, tak mustahil ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat. Kesian..

Lagi satu kalau kadar harga di Wilayah Persekutuan naik, tak mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut naik lepas ni ye tak?

Apa pun pun bakal pengantin, sila catatkan harga baru ini dalam senarai kos belanja nak kahwin anda..  -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

DISORKAN BACA :

Luahan Hiba: Aiskrim Pengubat Rindu Anak Terhadap Arwah Ibu

https://www.youtube.com/watch?v=MR6fbe3YeFs

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAWI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori