Kantoi Skandal Banglo Murah, LGE ‘Jaja’ Nama Arwah Nik Aziz

GEORGE TOWN – Tersepit isu pembelian banglo ‘murah’ dan penjualan tanah Taman Manggis serta tidak ramai pemimpin Pakatan Harapan berani mempertahankannya, Lim Guan Eng hala ‘senapang’ kepada UMNO dan PAS.

Dalam kenyataan pada Rabu, Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh UMNO dan PAS berganding bahu mahunya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua isu itu.

Pemimpin DAP ini lupa, sebenarnya yang cadang beliau bercuti ialah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddin selain peguam, Datuk S. Ambiga yang diketahui memang rapat dengan pembangkang.

Guan Eng namun mengaitkan UMNO dan PAS kononnya kedua-dua parti tidak membuat tuntutan yang sama kepada Perdana Menteri untuk pergi bercuti, dalam isu derma RM2.6 bilion oleh almarhum Raja Arab Saudi.

Sekali lagi Ahli Parlimen Bagan itu lupa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; dan kumpulan Ketua Cawangan UMNO anti-Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendesak Perdana Menteri berhenti atau bercuti.

Menerusi kenyataan media itu, Guan Eng juga sempat lagi ‘angkat bakul sendiri’ mengakui dirinya konon sentiasa menjalankan pentadbiran yang bersih di Pulau Pinang mengikut prinsip CAT atau cekap, akauntabiliti dan telus.

Penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis katanya, konon sudah melalui tender terbuka kepada kepada orang ramai dan diberikan kepada sebuah syarikat yang membida pada tawaran harga tertinggi.

Malah tegas Guan Eng, wanita misteri yang menjualkan rumah kepadanya itu tidak pernah memegang saham atau pengarah syarikat di dalam syarikat yang beli tanah untuk cadangan flat kos rendah PPR Taman Manggis tersebut.

Lebih dahsyat lagi, Guan Eng bahkan menuduh laporan rasuah terhadapnya oleh Barisan Nasional (BN) adalah palsu dan konspirasi bagi membunuh watak serta mematikan karier politiknya sengaja dirancang begitu teliti.

Dalam mempertahankan dirinya, Setiausaha Agung DAP itu berkata, beliau tidak perlu mengambil cuti seperti dituntut pelbagai pihak kerana dakwaan skandal hartanah tersebut konon secara terang-terangan adalah palsu.

Guan Eng menuduh tindakan menyiasatnya adalah semata-mata kerana dirinya tidak mempunyai pengaruh dan kawalan ke atas siasatan SPRM atau Peguam Negara, yang berhak menjalankan kuasa pendakwaan penuh.

Peliknya waima DAP benci PAS dan anggap parti Islam itu kini musuh, Guan Eng menjadikan kes tuduhan palsu terhadap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu bagi mempertahankan hujahnya.


Kata Guan Eng, mantan Mursyidul Am PAS itu pernah disiasat oleh SPRM atas tuduhan palsu ‘rasuah’ ke atas perjalanan umrah tajaan oleh seseorang ke Makkah pada tahun 2009, yang kemudian dibatalkan kerana tiada kes.

“Tiada siapa minta Nik Aziz pergi cuti,” katanya. Akhir sekali, media turut dimangsakan Guan Eng apabila minta para penyokongnya bersabar berdepan ‘serangan ganas’ TV3 dengan berita berkaitan isunya itu setiap malam.

Ini juga termasuk akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan Cina yang didakwa beliau mulai bertindak bersama-sama dengan media pro-BN terhadapnya dalam skandal tersebut termasuk daripada jentera tentera siber prokerajaan.

Meneliti kenyataan media Guan Eng, jelas beliau tersasar ‘tajuk’ sebenarnya dalam isu banglo dibelinya yang dikaitkan dan kes kontroversi tanah PPR Taman Manggis dan dijual lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Bukan jawapan ini yang rakyat mahu tetapi penjelasan terperinci berhubung kedua-dua isu terutama berkaitan penjualan tanah yang sepatutnya diperuntukkan bagi bina rumah kos rendah PPR untuk rakyat miskin negeri itu.

Guan Eng sepatutnya kena menjelaskan kenapa syarikat yang membeli tanah tersebut pada harga kira-kira RM11 juta tetapi dapat memajak tanah itu pada harga lebih RM11.4 juta untuk membina sebuah hospital mewah pula.

Lebih aneh, kerajaan negeri tukar syarat kegunaan tanah dan transaksi penjualan serta dokumentasi meragukan meskipun BN pernah tawar harga sekali ganda tinggi untuk buat projek flat murah PPR di tanah Taman Manggis.

Janganlah alih isu kait UMNO, PAS dan media pro-BN kerana itu semua idea ‘lapuk’ pembangkang. Sekurang-kurangnya beliau patut malu kerana hubungkan allahyarham Nik Aziz dalam isunya semata-mata tagih simpati.

Di manakah nilai integriti dan prinsip CAT kemegahan Guan Eng yang pernah dibanggakan selama ini kononnya beliau amat layak mendapat jolokan setaraf sebagai Khalifah Umar Abdulaziz? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Saudi

Juga: Usah Leka Gula-gula DAP Mahu Bantu Umat Islam

Lagi: Halalkah Masjid Dibina DAP Parti Hentam Islam?

Serta: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Dan: DAP Mahu Tukar Rizab Melayu, Nama Tempat Jadi Cina

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...