Titi Hayun, Batu Hampar Dan Seri Perigi Tak Selamat Dikunjungi

YAN – Kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi di sini yang terjejas akibat tragedi kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas, masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai buat sementara waktu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata ini kerana, beberapa struktur binaan dan tanah di sekitar kawasan itu didapati turut runtuh sekali gus berubah landskap kawasan menyebabkan aliran air deras dan tidak terkawal.

“Dalam keadaan sekarang ini kita tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk kawasan ini lagi, ini agak membimbangkan dan banyak struktur yang tidak selamat,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian banjir kilat di Titi Hayun di sini hari ini.

Rabu lepas, media melaporkan sebanyak 160 rumah di beberapa kampung dalam daerah Yan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat yang turun sejak petang Rabu itu.

Pada Khamis, BERNAMA melaporkan penduduk kampung di sekitar daerah ini menjadi trauma dengan keadaan banjir kilat yang berlaku itu setelah berhadapan situasi berkenaan sebanyak tiga kali selepas tragedi kepala air pada 18 Ogos itu.

Sehubungan itu, Suraya meminta kerajaan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempercepatkan pembinaan Empangan Sabo bernilai RM20 juta di kawasan Gunung Jerai, bagi menggantikan pokok dan batu yang bertindak sebagai penampan sebelum ini.

Beliau berkata empangan itu akan bertindak melambatkan pergerakan air seterusnya membantu mengurangkan kemusnahan di bahagian bawah dan kampung di sekitar situ.


Untuk rekod, pada 23 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan bagi kerja menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu, yang turut membabitkan pembinaan empangan itu fasa satu bernilai RM20 juta.

Dalam pada itu, Suraya menafikan dakwaan masyarakat setempat berhubung kelewatan kerja membersihkan dan mendalamkan sungai terlibat, sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat pada Rabu lepas di kawasan tragedi itu.

Katanya kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik kepada penduduk dan berharap mereka bersabar kerana tragedi yang berlaku itu disebabkan bencana alam.

“Siapa kata lambat, kita dah buat benteng batu di sepanjang sungai, tetapi semua batu dihanyutkan dengan air yang laju deras membawa batu dari atas ke bawah dan ke tepi, bukan pasal kita lambat, kita faham masalah mereka, tetapi perlu faham dengan alam,” katanya.

Suraya berkata kerja membaik pulih dan membersihkan sungai sudah bermula pada pertengahan September lalu dan sehingga kini mencapai 65 peratus kemajuan dan dijangkakan siap pada awal November depan. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...