Mahasiswa Kemaruk Rakam Wanita Di Tandas

KUANTAN – Polis menahan seorang mahasiswa Jumaat lepas yang kemaruk merakam aksi wanita membuang air kecil di tandas sebuah sekolah rendah di Kuala Terla dekat Cameron Highlands.

Suspek dikatakan meletakkan alat rakaman litar tertutup (CCTV) menyerupai penyangkut baju di pintu tandas untuk membuat rakaman tersebut.

Perbuatannya disedari oleh salah seorang mangsa berusia 30 tahun yang merupakan pengusaha kantin sekolah tersebut pada pukul 8 pagi Khamis lepas ketika mahu membuang air kecil.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang melihat ‘penyangkut baju’ tergantung senget di pintu tandas itu cuba membetulkan kedudukannya.

“Sebaik sahaja memegang penyangkut baju itu mangsa mendapati terdapat butang kecil tertulis perkataan ‘on/off’ lalu memeriksa alat itu yang didapati mempunyai memori kad dipercayai boleh membuat rakaman.

“Mangsa kemudiannya menceritakan perkara itu kepada guru besar sebelum pihak pengurusan sekolah memasang CCTV di dalam tandas berkenaan untuk mengenal pasti individu terbabit,” kata Wan Mohd Zahari ketika dihubungi di sini semalam.


Beliau berkata, hasil CCTV yang dipasang tersembunyi itu, pihak pengurusan sekolah berjaya merakam imej suspek berusia 20an yang masuk ke dalam tandas tersebut untuk mengambil penyangkut baju berkenaan.

Katanya, susulan kejadian itu, guru besar sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terla, pada Jumaat lepas sebelum polis berjaya menahan suspek di sebuah rumah berdekatan sekolah tersebut.

Suspek adalah penuntut tahun akhir sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Polis sedang menyiasat motif suspek membuat rakaman, sama ada untuk kegunaan peribadi atau disebarkan di laman sesawang.

– BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...