Miss V Dan Tuala Wanita Trending

KUALA LUMPUR – Media sosial Malaysia hari ini trending dengan isu melibatkan tuala wanita jenama Libresse.

Semuanya bermula apabila seorang bekas Senator dari PAS, Ustazah Asmak Husin melahirkan rasa kurang senang dengan gambar di bungkusan tuala wanita jenama berkenaan.

Menurut beliau, kempen Kenali V Anda yang dibuat Libresse tidak menghormati wanita.

Asmak berkata, sebaik mengetahui mengenai kempen berkenaan, beliau terus membawa isu itu untuk dibincangkan di Majlis Wanita Islam Yadim.

“Wanita perlu lebih aktif mengemukakan isu-isu berkaitan merendahkan martabat wanita Islam.

“Setelah mendapat aduan tentang kempen v libbresse terus saya bawa ke perbincangan dengan Majlis Wanita YADIM. Selain itu saya juga turut respon bersama NGO Islam lain,” katanya melalui akuan Twitter miliknya.

Majlis Wanita Yadim pula selepas itu mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Libresse mengeluarkan gambar menyerupai kemaluan wanita di pembungkus mereka sebagai satu perbuatan menghina jantina itu.

Penggunaan motif yang menyerupai vulva (bibir kemaluan wanita) kata NGO itu adalah satu bentuk eksploitasi seks ke atas wanita.

Pihak Libresse kemudian mengeluarkan kenyataan memberitahu mereka telah menarik balik iklan berkaitan dari beberapa rangkaian dan platform media.


Syarikat berkenaan menafikan ia mahu menjatuhkan maruah wanita.

Tinjauan Mynewshub di media sosial mendapati sesuatu yang unik pada respon yang diberikan netizen terutama kalangan wanita.

Sebahagian besar netizen wanita tidak bersetuju dengan kenyataan Ustazah Asmak.

Ramai juga mempersoalkan mengapa Asmak tidak bersuara atas iklan-iklan lain yang jauh lebih lucah dan tidak memberikan sebarang mesej yang positif. – Mynewshub.TV

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...