Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

“Saya Tiada Kepentingan Dalam...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai kanan Kementerian Pendidikan memberitahu perbicaraan rasuah Rosmah...

Perlu Kesungguhan Salur Maklumat...

KUALA LUMPUR - Usaha menyalurkan mesej kesedaran mengenai rasuah yang disampaikan kepada masyarakat...

Pengasuh TASKA Dipenjara, Didenda

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dipenjara tujuh hari dan didenda...

Arak Haram Dan Memudaratkan

Arak itu haram disisi Islam. Arak itu memudaratkan. Jika merokok merbahaya kepada kesihatan,...

PM Beri Tempoh 7 Hari Kepada Liong Sik Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan beliau telah mengarahkan peguamnya menuntut bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik menarik balik dan memohon maaf kepada beliau kerana memfitnah.

Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasmi beliau memaklumkan, Liong Sik diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Saya telah mengarahkan peguam saya menghantar surat guaman kepada Tun Ling Liong Sik untuk menuntut beliau memohon maaf atas kenyataannya baru-baru ini yang berunsur fitnah.

“Dalam masa tujuh hari selepas menerima surat itu, jika Tun Ling tidak berbuat demikian, saya akan mengambil tindakan undang-undang seterusnya,” kata Najib hari ini.

Liong Sik didakwa memfitnah Najib melalui artikel yang disiarkan The Malay Mail Online bertajuk ‘MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket’ pada 3 Oktober lalu. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori