Polis Jadi ‘Bidan’: Rezeki Bayi Bertuah Lahir Di Balai

BARU-baru ini kami ada menyiarkan berita mengenai seorang ibu yang ‘terberanak’ di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh, Perak gara-gara tidak tidak sempat sampai ke hospital.

BACA: Wanita ‘Terberanak’ Kat Balai, Polis Jadi Bidan Terjun

Siapa sangka, kejadian itu memberi 1001 tuah buat bayi berkenaan apabila akan diambil sebagai anak angkat kepada balai polis berkenaan.

Tambah menarik, pihak polis merancang untuk mengadakan satu majlis khas buat bayi bertuah itu di Balai Polis Kampung Tawas.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh, sekiranya ibu bapa bayi berkenaan bersetuju dengan perkara tersebut, satu majlis akan diadakan pada tarikh yang bersesuaian.

“Alhamdulillah, bayi dan ibu selamat serta dilaporkan sihat serta tahniah kepada Konstabel Hasliza Abdul Jalil kerana dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah tidak kira apa jua keadaan.

“Harap kejadian ini menjadi contoh kepada semua anggota polis dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.


Jelasnya, sepanjang hampir 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ini adalah kejadian yang pertama berlaku di balai polis dengan dibidankan oleh anggota polis sendiri.

Sementara itu, bapa bayi berkenaan iaitu Mohd Maulod Mohd Yusop, 38, berkata mereka sekeluarga berbesar hati anaknya dijadikan anak angkat Balai Polis Kampung Tawas.

Bayi perempuan yang selamat dilahirkan masih belum diberi namanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...