Rahman Dakwa Miliki Dokumen Jualan Tanah Taman Manggis

KUALA LUMPUR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Beliau malah mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah tersebut yang kini dimiliki sebuah syarikat swasta iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

“Kedua-dua S&P ini ada dalam tangan saya, yang diberikan oleh orang-orang tertentu dan dalam percubaan untuk menjual tanah ini, dua perjanjian S&P ini begitu terperinci sekali.

“Siap ada semuanya di sini yang telah menyatakan penjual meminta harga RM20 juta maknanya dia beli RM11 juta dia nak jual RM20 juta,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Rabu.

Katanya dua dokumen tersebut adalah baharu dan beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

taman_manggis

Abdul Rahman berkata berdasarkan kandungan dokumen itu, ia jelas menunjukkan bahawa KLIDC yang membeli tanah itu daripada kerajaan negeri yang langsung tidak berminat untuk membangunkannya.

“Saya serahkan kepada SPRM dan pihak yang memberikan dokumen ini kepada saya kalau diperlukan untuk ditemu ramah, sudah tentu mereka juga perlu dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.


Menjelas lanjut, Abdul Rahman berkata dokumen itu turut menyatakan mengenai satu pembayaran membabitkan RM17 juta yang perlu dibayar kepada empat buah syarikat.

Menurutnya, tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT dengan 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua.

Bagaimanapun, tanah selebihnya itu kemudiannya telah dijual kepada KLIDC yang pada awalnya bercadang untuk membina sebuah rawatan swasta sahaja namun ditukar kepada pembinaan pusat rawatan swasta berserta lot komersial.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Baca: LGE Kantoi Bohong Isu Flat PPR Taman Manggis

Juga: Siasat Penjualan Tanah Taman Manggis Fasa 2

Lagi: Guan Eng, Rahman Dahlan Bertekak Fasal ‘Bohong’

Dan: Shahrir Soal Apa Istimewa Hospital Mewah Daripada Flat Murah?

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...