Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

42 GRO Warga Asing...

IPOH - Seramai 42 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam satu...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kejayaan Goh V Shem-Tan...

Sirul Ketemu Ibu, Dapat...

ANGGOTA Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan...

TPM Beri Penghormatan Terakhir...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang...

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

VIRAL menerusi laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia menunjukkan beberapa keping gambar eksklusif Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengikuti latihan ketenteraan di sebuah kem.

Terbaharu, Tengku Amir Shah dilihat telah melaporkan diri dengan menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion ke-17 di Kem Terendak, Melaka baru-baru ini.

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Difahamkan, baginda yang kini berusia 25 tahun bakal ditauliahkan dalam majlis penuh istiadat yang akan berlangsung pada Selasa depan.

Sebelum ini, Tengku Amir Shah pernah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Malahan baginda juga pernah mendapat pendidikan ketenteraan selama 18 bulan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom.

Tengku Amir Shah merupakan putera tunggal daripada tiga beradik kepada Sultan Selangor dan dilahirkan pada 12 Disember 1990 di Amerika Syarikat.


Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Penglibatan baginda dalam ketenteraan itu jelas mengikut jejak langkah nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1952 untuk menyertai latihan Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan.

Almarhum kemudian ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat sebagai Kapten dan kemudian Mejar.

Bagaimanapun, penglibatan kerabat diraja dalam pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori