Ratusan Demo Bantah DAP Gadai Tanah Taman Manggis

GEORGE TOWN – Kira-kira 200 penduduk berkumpul di Taman Manggis di sini selepas solat Jumaat, bagi membantah kezaliman Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah tersebut yang terletak di Jalan Zainal Abidin.

Kumpulan berkenaan yang diketuai Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Antara gesaan dilaungkan dalam perhimpunan secara aman itu adalah menuntut agar tanah berkenaan segera dimajukan untuk projek perumahan awam bagi golongan miskin berbanding membina hospital dan hotel mewah.

Mereka turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam keras pentadbiran Guan Eng tidak sejajar konsep cekap, akauntabiliti dan telus sambil melaungan slogan anti-DAP serta mengibarkan sepanduk masing-masing.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim; Ketua Pemuda BN negeri, H’ng Chee Way, Ketua Gerakan Merah Malaysia, Ali Baharom atau dikenali Ali Tinju dan Ketua Pemuda PERKASA negeri, Rizuad Azzudin.

manggis1


Antara mesej luahan rakyat ditindas kerajaan DAP Pulau Pinang itu dapat dilihat pada kain rentang kumpulan berkenaan termasuk “Lim Guan Eng perampas tanah rakyat termiskin” dan “Lim Guan Eng wajib berehat”.

Mereka malah mendesak Guan Eng bercuti sementara siasatan dijalankan ke atas skandal banglo miliknya di Jalan Pinhorn berharga RM2.8 juta yang di bawah harga pasaran dan ada kaitan projek di tanah Taman Manggis.

Bekas pemilik banglo, seorang ahli perniagaan tempatan, Phang Li Koon sebelum ini membuat akuan bersumpah bahawa penjualan rumah mewah tersebut konon adalah dilakukan secara rela hati tanpa unsur paksaan.

Wanita misteri itu juga menafikan sebarang kaitan dengan sebuah syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan negeri mengenai sebuah projek di Taman Manggis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...