Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pelbagai Dadah Bernilai RM166,000...

JOHOR BAHRU - Pelbagai dadah bernilai RM166,100 berjaya dirampas dalam serbuan di dua...

Jenazah Tiga Beradik Selamat...

BACHOK - Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori...

Pemandu Maut Treler Bertembung...

BELURAN - Seorang pemandu maut apabila trelernya bertembung dengan sebuah treler lain di...

Jangan Salah Guna Kurniaan...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah bertitah, sebarang...

Roti Canai Malaysia Popular Di Amerika Syarikat

NEW YORK – Kelembutan dan kerangupan roti canai yang dibawa khas dari Malaysia kian memenuhi selera pencinta makanan etnik di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Bernama.

Malah, pasar raya yang menjual produk etnik India dan Asia Selatan di AS, kini mula menyimpan stok roti canai atau popular disebut paratha yang diimport dari pengeluarnya yang berasal di Kuala Lumpur.

Makanan ini turut mendapat tempat di New York Fancy Food Show (NYFFS) 2015 yang baharu berakhir pada Jumaat di mana pesta tiga hari itu berjaya menarik ribuan pengunjung serta pedagang.

Ironinya, roti canai itu tiada pula dalam senarai produk peserta di premis Pavillion Malaysia ketika ramai pengunjung berbangsa India sesak membanjiri pesta makanan tersebut.

Sebaliknya, ia ditampilkan oleh pengimport AS berbangsa India, Kamal N. Sharma, yang mengimport roti paratha itu terus daripada pembekalnya – Kawan Foods di Kuala Lumpur.

Menurut Sharma, roti paratha Malaysia agak unik kerana lembut seakan kapas dan rasanya begitu rangup apabila dipanaskan, sesuatu yang berbeza dengan pelbagai jenis paratha yang dikeluarkan di India serta AS sendiri.

Sharma, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengimport ISIFOL di New Hyde Park, New Jersey, berkata beliau adalah pengimport dan pemasar eksklusif bagi produk makanan di bawah jenama Aman yang dikeluarkan Kawan Foods.


Lebih unik, roti paratha Malaysia bukan sahaja diminati oleh penduduk berbangsa India yang merupakan antara pengguna terbesar di seluruh AS.

“Penduduk yang berbangsa Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka serta Arab turut sukakan teksturnya. Ia adalah kepuasan kulinari untuk mereka,” katanya kepada Bernama.

Sharma berkata, beliau mula mengimport roti pratha itu untuk dipasarkan ke seluruh AS sejak tujuh tahun lalu. “Saya import lebih 300 kontena roti paratha dari Malaysia setiap tahun, selain makanan lain dari Kawan Foods seperti adunan popia dan sebagainya,” tambahnya.

Sharma berkata roti canai Malaysia banyak digunakan di restoran India untuk membuat ‘kati roll‘ – roti paratha digulung dan diisi dengan daging kebab atau bahan lain seperti chutney, selain sayuran dan salad.

Kati roll‘ mula diperkenalkan di New York pada 2002, dan menjadi laris – dengan dibantu roti canai Malaysia – di restoran serta trak jualan makanan yang popular di bandar raya yang turut dikenali sebagai Big Apple. – BERNAMA/mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori