Setelah 40 Tahun, BSN Kini Wajah Baharu Warna ‘Teal’

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) mengambil langkah melakukan penjenamaan semula selepas 40 tahun penubuhannya demi meningkatkan perkhidmatan yang relevan kepada para pelanggan.

Selain itu, BSN turut memperkenalkan imej dan logo baharunya sekali gus menukarkan ‘wajah’ pokok duit syiling lama yang sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning, BSN mengubah operasinya bagi memberi perkhidmatan kepada komposisi pelanggan yang semakin berkembang.

“Selepas 40 tahun, BSN adalah jenama yang terkenal di Malaysia. Namun, ada perbezaan dalam persepsi jenamanya berdasarkan demografik pelanggan yang berbeza.

“Justeru, dengan penjenamaan semula ini, kami yakin identiti jenama baharu ini akan diterima sepenuhnya oleh semua rakyat Malaysia

“Rangkaian dan titik perkhidmatan kami yang baharu dan dinaik taraf dengan memaksimumkan teknologi bagi membolehkan pelanggan menikmati sepenuhnya akses perbankan yang berkualiti dan efisien,” jelasnya.

Tambah Adinan, BSN telah memperuntukan sebanyak RM130 juta bagi penjenamaan semula dalam tempoh tiga tahun.


Difahamkan, setakat ini sebanyak 37 daripada 401 cawangan BSN di seluruh negara telah melalui penjenamaan semula.

“Cawangan berwajah baharu ini dilengkapi susun atur dalaman yang menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan keselesaan pelanggan.

“Kita akan melakukan penjenamaan semula secara berperingkat. Kita yakin dapat melaksanakan di semua cawangan dalam tempoh tiga tahun,” katanya pada sidang media penjenamaan semula BSN, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Penjenamaan semula BSN memperlihatkan visual identiti baharu yang mengubah warna korporatnya kepada warna ‘teal’ yang melambangkan kebolehpercayaan dan kebergantungan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...