Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Seekor Tapir Malaya Mati...

BERITA kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian bukan perkara yang asing di negara...

Tony Pua Dibenar Merayu...

PUTRAJAYA — Anggota Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee hari ini mendapat kebenaran...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi...

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat...

Hari Kebangsaan: Penguna Tol...

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya kelas satu yang membuat bayaran tol secara...

Sultan Ibrahim Hadiahkan Nissan GT-R Kepada Polis Johor

SULTAN Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menaja sebuah kereta mewah untuk kegunaan PDRM Johor.

Gambar kereta sport Nissan GT-R (R35) tersebut telah dimuatnaik dan dikongsikan di laman Facebook Saya Orang Johor.

gtr3

“Kereta pengiring Diraja Johor Nissan GTR (R35) adalah hadiah dari TTJ kepada DYMM Sultan Johor sempena hari Keputeraan Sultan Johor,” tulis admin akaun tersebut.

Kereta berkenaan asalnya dihadiahkan oleh Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris kepada Sultan Ibrahim sempena hari keputeraan baginda baru-baru ini.

gtr1

gtr2


nissan gtr4

Dipercayai, kereta dengan nombor pendaftaran JZ 42 itu akan digunakan sebagai kereta pengiring DiRaja Johor.

Harga bagi GT-R model ini mencecah RM600,000 dan memiliki kuasa enjin hingga 550hp bagi model 2015.

Kenderaan yang digelar Godzilla ini juga mampu membuatkan kereta mewah seperti Ferrari atau Porsche ‘makan asap’ dek kerana kadar pecutannya yang amat tinggi.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori