Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Lebih 600 Penduduk Terjejas...

BERUAS - Seramai 532 mangsa daripada 115 keluarga di Manjung dipindahkan ke empat...

Bot Tempur CB204 Akan...

KOTA KINABALU - Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam setelah dilaporkan...

Ummi Nazeera Tepis Gosip...

PERNAH digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka...

BTN Syor Perkenal Akta...

KUALA LUMPUR - Biro Tatanegara (BTN) hari ini mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan Akta...

Tahukah Anda Pengemis Di KL Boleh Kutip RM18,000 Sebulan?

BAYANGKAN jika gaji bulanan anda sebanyak RM18,000.. dengan wang sebanyak itu, apa yang anda akan lakukan?

Pastinya ‘selera’ anda jauh melebihi kebanyakan orang biasa kan.

Namun kerja apa ya yang mampu memberikan gaji sabanyak itu?

Percaya atau tidak, seorang pengemis di Malaysia mampu meraih pendapatan sehingga RM18,000 sebulan.

Pendedahan mengejutkan ini dibongkar wartawan Astro Awani, Israr Khalid yang menyamar sebagai pengemis untuk membongkar kisah di sebalik kehidupan mereka.

Pengembaraan Israr bermula di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.

Dia berpakaian compang camping dan membawa beg kitar semula bersama bekas makanan kosong.

Selama 25 minit berjalan dalam keadaan menyedihkan, dia telah mengumpul sebanyak RM22.

Di lokasi seterusnya, Israr memakai kopiah lama beserta tasbih di tangannya lantas berjaya menarik perhatian orang ramai hingga dapat mengumpul RM56 dalam hanya 20 minit sahaja.

“Ada juga hamba Allah yang menegur saya “Tak kerja ke dik? Badan sihat ni, pergilah cari kerja, cuci pinggan ke” tapi sambil tangan turut menghulurkan tiga keping wang RM1 ke dalam bekas.


“Saya hanya mengangguk dan dia terus berlalu pergi.

“Jadi secara keseluruhannya, jumlah yang berjaya dikutip dalam masa lebih kurang 45 minit ‘penyamaran’ itu adalah RM76,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Kiraan mudah, jika seorang pengemis boleh mengumpul anggaran RM76 dalam masa 45 minit dan secara konsisten terus berbuat demikian selama 8 jam, dia boleh mendapat RM608 sehari. Ini bermakna gaji sebulan berjumlah RM18,240.

Apa yang dapat kita belajar dari sini?

Jelas sekali di sini rakyat Malaysia sangat pemurah dan suka menderma, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagaimanapun, menurut Israr, sifat pemurah itu ada kalanya melampaui batas sehingga ia mewujudkan ruang untuk ‘sang parasit’ mengambil kesempatan di atas kebaikan.

Menurutnya lagi, ‘sang parasit’ ini turut tampil dengan pelbagai taktik dan helah.

Ada yang menjadi orang buta, cacat anggota dan ada yang sanggup mempergunakan orang tua dan kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori