Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Institusi Pendidikan, Sekolah Catat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes membabitkan sub kategori sekolah...

5 Remaja Mengaku Salah...

KANGAR - Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang...

Pembebasan Mat Tere Ikut...

KUALA LUMPUR - Pembebasan Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali sebagai Mat...

Polis Tumpaskan Sindiket Antarabangsa,...

Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lapan lelaki termasuk...

GAMBAR: Tasik Biru Di Johor Yang Amat Cantik Tapi ‘Terlarang’

KEMUNCULAN gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai terutama di kalangan netizan.

Mana taknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.

Bila dah hangat diperkatakan, pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita.

Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber yang dipercayai, selain lokasi tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya.

10628170_1721761261382881_1091880035296616298_n 10734194_360877884089385_3652053898984503290_n

10641019_1367132310055136_8392227692377114383_n 10801857_1540936282813436_4487711118104962632_n

Penduduk berdekatan kawasan ini mendakwa tasik tersebut merupakan bekas lombong kuari hingga menyebabkan kawasan indah ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik tersebut mengandungi kandungan kimia berbahaya.


Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba.

1

10502372_802828839778661_1916826595218894363_n 10689814_772022479519867_3515156617155489596_n

Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.

Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu  membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya. – MYNEWSHUB

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori