Video: Jururawat Lelaki Pukul Pesakit Wanita Minta Air

RAKAMAN video berdurasi 44 saat menunjukkan seorang jururawat lelaki memukul dan menendang pesakit wanita yang mengetuk pintu meminta air minuman, kini tersebar.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hospital di Linli, Hunan, China pada 10 Mei lalu.

Setelah rakaman kejadian disebarkan media tempatan, hospital terlibat mengeluarkan kenyataan bahawa jururawat itu hanya kakitangan kontrak dan telah diberhentikan kerja.

Menurut laporan, seorang pesakit wanita yang terus menerus mengetuk pintu untuk meminta air minuman telah membangkitkan kemarahan jururawat berkenaan, yang bergegas keluar dari bilik lantas memukul dan menendangnya beberapa kali hingga terlentang tidak berdaya di lantai.

Beberapa saksi yang melihat kekejaman itu dikatakan cuba menenangkan jururawat berkenaan namun dia terus memukul mangsa.

Pesakit wanita yang dipukul itu mempunyai masalah mental dan menghidap sawan.

Mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di hospital sama dan berada dalam keadaan stabil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...