Video: Kurang Ajar, Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis

MENJADI viral di laman sosial sejak semalam apabila sebuah video yang memaparkan aksi seorang pengawal keselamatan menyepak seorang wanita warga emas yang dipercayai kurang siuman, tersebar.

Rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat itu pada mulanya menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan menyoal wanita malang terbabit yang sedang duduk menggemis di hadapan sebuah bank.


Pengawal keselamatan sepak wanita kurang siuaman oleh mynewshub

Namun, tidak beberapa lama kemudian, lelaki tersebut cuba menghalau mangsa dengan menyepak dan mengacu cota kepada mangsa.

Berdasarkan maklumat daripada netizen, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah.

Tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang jelas amat melampau menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut, bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.”


Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.

“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang disebabkan masalah mental, berikanlah sedikit walaupun syiling, bukannya menendang macam itu,” kata AznIzam.

Di penghujung video, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual dengannya sebelum menghulurkan wang.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

KEBETULAN – IKLAN YANG HAMPIR SAMA DENGAN KEJADIAN DI ATAS…TONTON DI 

Sediakan Tisu, Anda Akan Menangis Tonton Video Ini!

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...