Video: Pondan Belanja Payudara Dipanggil Polis

SEORANG ‘wanita’ akan disiasat pihak berkuasa berikutan sikap tidak senonohnya menayang payudara di khalayak ramai dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Sabah, baru-baru ini.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, aksi jelik individu berkenaan telah menerima cacian netizen yang berang dengan sikap pelaku yang dianggap mencari “publisiti murahan”.


Pondan ‘belanja’ payu dara di komplek Suria Sabah oleh mynewshub

Pelaku yang merupakan seorang pondan menunjukkan sebahagian payudaranya ketika mendendangkan lagu I’am Yours bersama sekumpulan pemuzik buskers di kompleks beli belah Suria Sabah, pada 16 januari lalu, kira-kira jam 5 petang.

lol2

Ketua Polis Bandaraya Asisten Komisioner M. Chandra menyarankan supaya individu tersebut datang berjumpa dengan pihak polis bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kumpulan busking terbabit telah bergiat aktif di kompleks beli belah itu sejak 25 Disember tahun lalu. Pada hari tersebut seramai tiga wanita berada di situ dan salah seorang daripadanya yang memakai pakaian sedikit terdedah, diajak menyanyi bersama mereka.


“Sepanjang empat minit persembahan, beliau dilihat cuba menutup dadanya yang semakin terdedah. Bagaimanapun, beliau meninggalkan kompleks berkenaan selepas lagu tamat,” kata Chandra.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai, yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tinjauan di facebook pelaku mendapati individu terbabit sedia bertemu pihak berkuasa untuk memberikan penjelasan.

Dia menjelaskan bahawa perbuatan tersebut tidak disengajakan dan telah pun meminta maaf. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...