Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Salib: MCA Dakwa DAP...

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon mendakwa DAP telah memadamkan lambang salib dari...

PRU-14: Pas Lawan DAP...

KEMELUT perpecahan Pakatan Rakyat nampaknya memang sudah sampai ke peringkat amat parah apabila...

Tahniah MB Kedah Lang...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada...

Kes Saman Apandi –...

KUALA LUMPUR : Kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali...

Wanita Comel Mualaf Korea Jadi Sensasi Seluruh Dunia

SEOUL – Seorang gadis jelita Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen dari serata dunia, bukan kerana dia anggota band remaja K-pop, tetapi penampilan dirinya yang lengkap santun berhijab.

Wanita bernama Ayana Moon ini menetap di Seoul dan menyatakan dirinya sebagai mualaf di negara ‘kimchi ginseng’ tersebut. Uniknya waima Muslim, gadis ini menjadi selebriti selepas memuat naik foto-fotonya menerusi Instagram.

Ketika ini akaun laman sosial milik rasmi Ayana itu telah diikuti oleh lebih 29,000 orang dari seluruh dunia, bahkan menurut pelbagai akhbar tempatan, sudah ada beberapa akaun lain yang dibuat khusus untuk peminat Ayana sendiri.

Berdasarkan keterangan menerusi akaun Instagram Ayana, gadis comel ini yang lahir pada 28 Disember 1995 dan adalah satu-satunya Muslim dalam kalangan keluarganya. Ayana memeluk Islam sejak belajar di sebuah sekolah menengah.

Ayana mengakui dia asalnya tidak selalu mengenakan tudung. Ini kerana budaya Korea sendiri memang tidak terlalu ‘akrab’ dengan konsep keagamaan dan cukup menyukarkan bagi Muslim yang ingin mengenakan kostum berbaur agama.

Baca: Artis Korea Lengkap Berbaju Melayu, Ziarah Masjid Di Brunei

ayana moon1

ayana moon2

ayana moon3


Namun dia mengakui dirinya cuma remaja Muslim biasa, bahkan masih peminat TVXQ, band remaja lelaki terkenal Korea Selatan. Tampaknya gadis ini sebenarnya terkejut apabila dirinya tiba-tiba mendadak jadi selebriti Instagram.

Gadis berusia 20 tahun ini juga tidak terlalu suka diperlakukan seperti seorang idola, waima dia tetap berusaha untuk membalas semua komentar yang ditujukan kepadanya dari ribuan peminatnya di serata dunia termasuk Malaysia.

“Saya berasa gembira dapat berkenalan dengan kalian, teman-temanku. Anda mungkin bukan peminatku tetapi kalian masih adalah temanku. Okay?” tulis Ayana kepada para pengikut yang cuba mengaku konon sebagai peminatnya.

Meskipun berasa rendah hati, Ayana cukup ‘garang’ menghadapi para pembenci yang mencela tahap keimanannya. Malah dia tidak segan membalas komentar pedas mereka yang menghina pilihan dirinya untuk berhijab.

Bercakap mengenai masa depan, gadis berkulit cerah ini berniat untuk ‘mendalami’ ajaran Islam dengan menyambung pengajian di Malaysia. Namun hasrat itu masih belum lagi dapat dipastikan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori