Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Tak Pernah Sibuk...

MELAKA TENGAH: Keputusan Pas untuk bersama dengan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri...

Tahniah… Fizz Fairuz Kini...

SETINGGI-TINGGI tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Fizz Fairuz atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota...

Projek KSTP Di Bukit...

ALOR SETAR – Projek pembangunan Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit...

RM50 Juta Untuk 32...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan yang terjejas banjir...

Kilang Penapisan Gula Terbesar Malaysia Siap 80 Peratus Pembinaan

JEMPOL – Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah siap 80 peratus dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, apabila beroperasi ia dijangka mampu mengeluarkan satu juta tan metrik gula bertapis setahun.

“Ini akan menjadikan MSM (MSM Malaysia Holdings Bhd) bukan sahaja dapat menjual gula bertapis di pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport ,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Komputer dan Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir 2 (F) di sini, hari ini.

MSM yang dikuasai syarikat perladangan utama FGV dan menguasai 65 peratus bahagian dalam pasaran gula tempatan telah membelanjakan RM90 juta bagi pembelian tanah 20.477 hektar untuk kilang penapis ketiga negara.


Mohd Isa berkata, kilang tersebut akan mendapat bekalan gula mentah daripada beberapa negara, termasuk Brazil, China dan Thailand.

“Bekalan gula mentah ini kita beli daripada beberapa negara lain sebab kita tiada projek tanam tebu dalam sekala besar .

“Saya fikir tanah pun tak begitu sesuai dan di Negeri Sembilan ini pernah dibuat projek penanaman tebu pada awal 60-an dan 70-an dan didapati kandungan gula dalam tebu itu tidak berapa cukup,”katanya . – BERNAMA

Kategori