Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Pendekatan Lebih Tegas Tangani...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya pihak berkuasa mencari pendekatan baharu yang lebih...

Video: Budak Nakal Kena...

RAKAMAN video seorang lelaki pertengahan usia menengking seorang kanak-kanak kerana membaling buah mangga...

Mak Nyah Dari Indonesia...

BRISBANE – Seorang mak nyah dari Indonesia, Myang Prasetyo dibunuh kejam oleh suaminya...

2 Jarum Berkarat, Ditemui...

WUHAN - Doktor di Hubei, China terkejut apabila menemui dua jarum dalam perut...

Abdul Hadi Berjaya Ketepikan Saman Mohd Shamsul

Isu saman kenyataan kontroversi berkaitan pil kuda, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengetepikan saman bernilai RM2 juta yang difailkan bekas calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Shamsul Mohd Amin.

Dalam prosiding berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini, hakim membuat keputusan menolak saman yang difailkan oleh Mohd Shamsul dengan kos.

Mohd Shamsul bertindak menyaman Abdul Hadi susulan ceramah beliau di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang ketika PRU-13 itu.

MENARIK – PM Saman Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli

Ketika beliau berkata ada calon PKR yang didapati menjual pil kuda menjelang pilihan raya, memetik laman web Agenda Daily.

Abdul Hadi diwakili Tetuan Awi & Co manakala Mohd Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

Ketika bulan Februari lepas, Abdul Hadi diarahkan mahkamah membayar saman RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul.

Ini berikutan ketika itu, beliau gagal memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi mengenepikan perintah itu.


Kerana kenyataan Abdul Hadi dalam ceramahnya itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu. – MYNEWSHUB.CC

Video Ceramah Abdul Hadi Ada Calon Jual Pil Kuda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori