Ahli UMNO Yang Mengundi Di PRK Dun Chempaka Patut Dipecat

Andai ada ahli UMNO yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka yang dijadualkan berlangsung 22 Mac depan, mereka seharusnya layak untuk dipecat.

Itu saranan yang diberikan oleh salah seorang calon bebas yang bertanding, Sharif Mahmood setelah dia dipecat keahlian dalam parti tersebut kerana meneruskan niatnya untuk bertanding atas tiket bebas.

[BERKAITAN: PRK DUN Chempaka: PAS Ditentang 4 Calon Bebas]

sharif1

 

Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani, “Situasi itu hanya akan menakutkan ahli sekali gus tidak menyemai semangat demokrasi di dalam parti.

“Kalau macam ini gayanya UMNO, baik pecat sahaja semua ahli UMNO yang mengundi pada hari pengundian nanti.”

Individu tersebut berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan UMNO yang memecatnya dan seorang calon bebas lagi, Fadzillah Hussin, setelah mereka ingkar dengan arahan parti untuk tidak bertanding.


chempaka_prk_dun_candidate

Terdahulu, Barisan Nasional memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pasca banjir yang melanda negeri tersebut penghujung tahun lalu.

Kerusi tersebut kosong setelah penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari lepas akibat penyakit kanser prostat.

– MYNEWSHUB.CC

PRK Dun Chempaka – BN Tak Perlu Bertanding, Tumpu Pasca Banjir

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...