Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Bouncer’ Didakwa Bunuh Remaja

KOTA KINABALU - Seorang 'bouncer' atau pengawal sebuah pusat hiburan di sini, dihadapkan...

Anwar Berseloroh Tawar Konsultasi...

PORT DICKSON ― Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara...

PAS Dakwa Ramai Ahli...

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa mempunyai bukti ramai ahli Parti Amanah Negara (PAN)...

JKKK, JKKKP Guna Sistem...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang membangunkan sistem...

Ahmad Bashah Kekalkan 9 Exco Kedah, Angkat Sumpah Pagi Ini

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik oleh bekas menteri besar sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan akan berlaku perubahan dalam barisan Exco, ternyata itu hanya khabar angin semata-mata.

Pengekalan barisan Exco Mukhriz ini secara tak langsung memperlihatkan sikap Ahmad Bashah yang mahukan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar walaupun bertukar menteri besar.

Dalam pada itu, majlis angkat sumpah melibatkan sembilan exco telah berlangsung jam 11 pagi tadi di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sumpah pelantikan disempurnakan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Tengku Laksamana Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.


Upacara angkat sumpah dimulakan oleh ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, diikuti ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, ADUN Tanjung Dawai, Tajul Urus Mat Zain, ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim, ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, ADUN Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah, ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor, ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar dan ADUN Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori