Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tolak ICERD Tidak Perlu...

MELAKA - Keputusan Kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi...

YSBN, ATM Santuni Masyarakat...

BOTA - Yayasan Sahabat Bina Negara (YSBN) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia menganjurkan...

Kes Dadah Buat Perempuan...

PEPATAH ada mengatakan kerata nila setitik, rosak susu sebelanga. Bertambah perit lagi jika...

Perlombongan Bauksit Di Felda...

PORT DICKSON - Felda akan berbincang dengan kerajaan negeri Pahang mengenai kegiatan perlombongan...

BN Diramal Menang 2 PRK Tetapi… – Politweet

PARTI pemerintah, Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menghadapi masalah memenangi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Sabtu, menurut firma Politweet.

Kemenangan itu dikatakan berpunca akibat pertandingan lebih daripada dua penjuru yang bakal membahagikan undi pembangkang berbanding ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013 lalu, kata kenyataan firma tersebut.

Namun, kajian bebas Politweet itu mendapati tidak jelas sama ada undi daripada kaum Cina, yang merupakan faktor kemenangan besar untuk Pakatan Rakyat pada PRU 2013, akan berpihak sama ada kepada calon PAS atau PAN.

Di Sungai Besar, Selangor, badan pemantau laman sosial Twiter sejak 2009 itu meramalkan kemungkinan berlaku perubahan sokongan pola pengundi Melayu bakal memihak kepada calon pembangkang dan bukan untuk BN.

Sebaliknya, di Kuala Kangsar, Perak, pengundi Melayu dijangka lebih berpihak kepada BN. Politweet merupakan sebuah firma kajian bebas yang menganalisis penggunaan media sosial di Malaysia dan terbaharu juga Facebook.

Kajian yang dilakukan oleh firma tersebut berdasarkan kepada daftar pemilih rasmi pada suku akhir 2015, dan ramalan dibuat dengan mengambil kira pola corak kecenderungan siasah pengundi ketika PRU yang lalu.

Politweet bagaimanapun mengakui ramalannya tidaklah 100% tepat. Terdapat sejumlah 1,049 pengguna Twitter di Sungai Besar dan kira-kira 660 di Kuala Kangsar daripada keseluruhan 600,000 pengguna di seluruh Malaysia.

PRK Sungai-Besar-Kuala-Kangsar

Menurut Politweet, majoriti besar pengundi Cina dikatakan tegar memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat yang diwakili PAS sebagai pengganti calon DAP di kedua-dua kawasan tersebut pada PRU 2013 lalu.

Bagaimanapun, sokongan pengundi Melayu berada di bawah 50 peratus untuk di kedua-dua kawasan Parlimen, terutama di Kuala Kangsar dan ini dijangka mungkin banyak menjejaskan sokongan kepada calon BN sendiri.


Kata Politweet, walaupun PAS kemungkinan besar bakal hilang undi masyarakat Melayu di Kuala Kangsar, terdapat tanda-tanda bahawa golongan muda di Sungai Besar akan kembali menyokong parti Islam itu berbanding PAN.

Kuala Kangsar ada sejumlah 32,949 pengundi berdaftar, manakala Sungai Besar mempunyai 42,655. PRK di dua kawasan itu diadakan susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada PRU 2013 lalu, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il dari BN menang di Kuala Kangsar mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim, (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi.

Manakala calon BN, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon berjaya memenangi Sungai Besar apabila menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti tipis hanya 399 undi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori