Natijah dari mengeluarkan kata-kata kasar serta enggan mematuhi arahan Timbalan Speaker, Mahfuz Omar telah dihalau keluar dari Dewan Rakyat, semalam (Khamis).
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Said yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 berkaitan kelakuan tatatertib ketika persidangan telah mengarahkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu untuk meninggalkan persidangan.
Ia dibuat selepas Ismail berulang kali meminta Mahfuz untuk diam, namun dia enggan.
[BACA INI: Media Tertipu, Sidang Media Mahfuz Bersama Ibu Sirul Palsu]
Sebelum itu, ahli parlimen PAS itu mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan mendakwa Jamil gagal untuk menyatakan pendirian kerajaan, lantas menyifatkannya sebagai ‘bacul’!
Ujar Ismail, “Yang berhormat Pokok Sena! Sila duduk! Kita ada peraturan, Yang Berhormat… kita tidak boleh hendak paksa Menteri menjawab.
“Mana ada peraturan yang memaksa Menteri menjawab.”
Sementara itu, dalam satu sidang media yang diadakan selepas itu, Mahfuz berkata, kerajaan telahpun menyatakan pendirian mereka dalam Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang diadakan Disember lalu, lantas bersetuju membawa akta berkaitan Hudud ke Majlis Raja-Raja pada 11 & 12 Mac lalu.
“Tapi nampaknya tadi dia kata tak dibawa lagi kepada Majlis Raja-Raja sedangkan jawatankuasa yang dia selia, seperti Jakim dan sebagainya sudah pun sedia dan hanya untuk mendapat sokongan Majlis Raja-Raja sahaja.”
Oleh itu, Mahfuz mendakwa bahawa kerajaan tunduk dengan desakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang turut membantah perlaksanaan Hudud di Kelantan.
Dalam jawapannya ketika sidang Parlimen, Jamil berkata, pihak kerajaan perlu membuat penelitian terlebih dahulu terhadap Rang Undang-Undang tersebut sebelum sebarang pendirian diumumkan.
“Kita perlu lihat dahulu rang undang-undang yang ingin dibentangkan… dan kita (juga) dalam proses untuk bawa kepada Majlis Raja-Raja. Apa yang pasti memang kita tak kemukakan ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja yang lalu.”
Yang kelakarnya, Timbalan Speaker turut menyindir Mahfuz dengan berkata, pemimpin itu sengaja menimbulkan polemik kerana ingin dihalau bagi membolehkannya keluar.
Ini kerana Mahfuz sendiri memaklumkan yang dia terpaksa bergegas untuk menaiki penerbangan pada jam 8 malam, seusai tamat sidang media tersebut. Alahai, macam-macam…
– MYNEWSHUB.CC
Pendirian Hudud UMNO – Mahfuz Diarah Keluar Dewan