Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung...

KUALA LUMPUR - Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan juga dengan Pilihan Raya...

Penyokong JDT Mulakan Perjalanan...

JOHOR BAHRU - Hujan turun dengan lebat pagi tadi, namun lebih 1,500 penyokong...

Barang Kemas RM500,000 Dilarikan...

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai emas dilaporkan kerugian RM500,000, dalam satu kejadian rompakan...

Cinta Antara Dua Darjat,...

SEORANG gadis, Madhu telah dibunuh oleh keluarganya hanya kerana dia bercinta dengan seorang...

Husam Musa Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Husam yang dipilih oleh kerajaan Persekutuan sepatutnya mengangkat sumpah minggu lepas tetapi ditunda kerana menunaikan haji.

Isnin lepas, seramai 12 orang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara antaranya Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop, Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau PKR, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Sementara itu, Vigneswaran turut berpesan kepada senator baharu yang dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan sifat keperibadian tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.

Beliau turut menyeru anggota Dewan Negara yang baru dilantik agar membantu memperkasa imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa.


Sementara itu, Husam ketika ditemui pemberita merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kerana memperkenankan pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara.

Mengulas peranannya sebagai anggota Dewan Negara, Husam berkata beliau akan membantu kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara selain memperjuangkan beberapa isu di negeri yang dianggap sedikit ketinggalan antaranya Kelantan, Terengganu dan Perlis.

“Saya juga berharap Pakatan Harapan tidak pinggirkan negeri-negeri ini dalam arus pembangunan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori