Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Tak Malu Ke Ambil...

TIDAK dinafikan, dalam kalangan masyarakat kita ada yang gemar mengambil sesuatu seperti krimer kopi,...

Dakwaan Pembangkang Ekonomi Malaysia...

Dakwaan pembangkang bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tindakan tidak...

VIDEO: Terbaik…Laporan Banjir Yang...

Bencana banjir teruk yang melanda beberapa negeri di negara kita secara tidak langsung...

PRK PD: Bersih Dakwa...

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam...

Izat Bukhary Tidak Gentar Berdepan Ahmad Fathan

KOTA BAHARU – Calon Bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, tidak merasa tergugat dengan calon PAS Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Beliau berkata pengundi di kawasan itu perlu memilih orang yang benar-benar layak untuk mewakili mereka, bukannya memilih disebabkan Ahmad Fathan adalah calon PAS.

“Lawan tetap lawan…saya tidak kisah siapa, pilih orang yang layak. Saya tidak akan bagi kemenangan mudah dan saya bertanding kali ini adalah untuk membantu negeri ini. Rakyat akan buat pilihan nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Saya tidak pernah serik untuk bertanding meskipun kalah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di DUN Pengkalan Kubor dan PRK DUN Pengkalan Kubor pada September tahun lepas. Saya akan terus berjuang,” katanya.

Menggunakan lambang pen, Izat Bukhary berkata pendekatan melalui media sosial seperti Facebook juga dilihat berkesan untuk mendapatkan sokongan orang ramai terutama masyarakat di DUN berkenaan.

“Selain itu, kita akan pasang banting di kawasan strategik dan bertemu masyarakat dari rumah ke rumah atau di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai,” kata calon itu.

PRK itu menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas. Tiga lagi calon Bebas ialah ahli perniagaan Aslah Mamat, 64; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; dan Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55.


Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Pada PRU13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisan Nasional Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas.

Pengundian akan berlangsung pada 22 Mac. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori