Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SMART Mahu Peroleh Pengiktirafan...

TRONOH - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sedang berusaha untuk mendapatkan...

Jakarta Dilanda Jerebu, Bangunan...

IBU kota Indonesia, Jakarta kini diselubungi jerebu mengakibatkan tahap penglihatan rendah dari jarak...

Pindaan Laporan Akhir Audit...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy...

Mahkamah Tolak Permohonan Panggil...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner di sini hari ini menolak permohonan pegawai pengendali...

Kesemua 9 Pusat Mengundi PRK Dun Chempaka Ditutup

KOTA BHARU – Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini.

Sembilan pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri Chempaka.

Kesemua pusat pengundian itu dibuka mulai pukul 8 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan rasmi PRK itu dijangka diumumkan 9.30 malam ini.

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.


Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.

Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRK ini bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember lepas.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori