Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Integrasi Ekonomi Secara Wilayah...

KOTA KINABALU - Sabah perlu mengintegrasi ekonominya secara wilayah dengan kawasan di...

Polis Tahan Lelaki Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah...

Pastikan Peralatan Sukan Sekolah...

SERDANG : Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit...

Pemuda PAS Puji, Sokong...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong cadangan Menteri Belia dan...

Ketua UMNO Bahagian Pontian Tanding MT UMNO

JOHOR BAHRU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

Ketua UMNO Bahagian Pontian itu berkata sudah tiba masanya kepimpinan UMNO perlu dibarisi muka-muka baharu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti.

“Kita perlu kembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan terus melakukan usaha agar parti diterima semula sekali gus menyemarakkan kembali semangat perjuangan kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasni menyertai UMNO pada 1989 dan memegang jawatan ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001, menawarkan diri buat pertama kali untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti.

Beliau kini merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Johor. – BERNAMA

Kategori