KIMMA Sokong Sistem Sekolah Satu Aliran

SEREMBAN – Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) menyokong cadangan mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini kerana yakin ia memberi kesan positif.

Presiden KIMMA Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata antara kesan positif itu ialah ia dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Ini seterusnya dapat mencapai perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini melalui sistem pendidikan satu aliran yang sistematik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana anjuran Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan dan Masjid India Muslim Seremban di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa pemimpin semua kaum perlu berbincang sama ada perlu atau tidak mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.

Mahdzir berkata isu sistem sekolah satu aliran dan kepentingannya terhadap perpaduan nasional perlu difikirkan secara bersama oleh semua kaum negara ini.

Syed Ibrahim berkata sekolah adalah antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu sama tanpa mengira bangsa dan agama.

Sementara itu, beliau berkata KIMMA akan menganjurkan konvoi bermotosikal ke seluruh negara untuk membawa mesej menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


“KIMMA akan berdiri teguh di belakang pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam apa jua situasi. Kami (KIMMA) akan terus bersatu hati, bersepadu tenaga untuk pastikan kerajaan yang ada sekarang (BN) terus kekal untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Katanya program itu dijangka diadakan bulan depan dan KIMMA sedang berusaha untuk mengumpulkan 500 buah motosikal untuk tujuan itu.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata KIMMA mengagihkan sebanyak 27 ekor lembu untuk Majlis Korban Perdana di seluruh negara termasuk lima ekor untuk Masjid India Muslim Seremban.

“Penganjuran Majlis Korban Perdana ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli KIMMA dan masyarakat setempat,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...