Monday, December 23, 2024

Creating liberating content

Kirim Mesej Kepada Ex-Wife...

BULAN lepas, dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan penyebaran gambar Orlando Bloom bertelanjang bulat...

Pelancong Malaysia Ditemui Mati...

BANGKOK - Seorang pelancong Malaysia ditemui mati di dalam biliknya di Phuket semalam,...

Penggiat Seni ‘Suri Teladan’...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf penggiat seni sebagai...

Murid Tahun 5 Lemas...

KUALA TERENGGANU - Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir, mati...

Kronologi Peristiwa Kes Liwat Kedua Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR  — Berikut ialah peristiwa berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

Pada 30  Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

Pada 7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi  RM20,000 tanpa penjamin.

Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

Pada 5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Pada 6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

Pada 17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan  menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pada 1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

Pada 3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insiden itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Pada 5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

Pada 9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak berat sebelah.

Pada 18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.


Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

Pada 25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya  perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

Pada 3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu “simpan bukti”.

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

Pada 16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

Pada 20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

Pada 6 Dis, 2010 : Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.

Pada 14 Dis, 2010 : Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.

Pada 14 Jan, 2011 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

Pada 16 Mei, 2011 : Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.

Pada 6 Jun, 2011 : Anwar gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwa.

Pada 22 Ogos, 2011 : Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya yang setebal 32 muka surat,  menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan – memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan tetapi dalam membuat keputusan, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri.

Pada perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

Pada 6 Okt, 2011: Mahkamah Tinggi memutuskan tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengarahkan mereka menjadi saksi untuk pihak pembela pada perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti afidavit, hujah daripada pihak-pihak berkaitan, mahkamah bersetuju dengan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah bahawa Anwar gagal menunjukkan kerelevanan dan kepentingan apabila mengemukakan sapina kepada perdana menteri dan isteri.

Pada 9 Jan, 2012: Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Penghakiman 80 muka surat oleh Hakim Mohamad Zabidin menunjukkan adanya kemasukan zakar tetapi ia tidak disokong oleh bukti-bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Pada 9 Julai 2012: Pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, yang antara lain, supaya Anwar disabitkan atas tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori