Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Golongan Pendidik Disaran Terap...

KLANG – Golongan pendidik disaran menerapkan nilai manusiawi dalam proses pengajaran, sebagai usaha...

“Wan Nak Cari Missy-Missy...

"WAN nak cari missy-missy (jururawat) semua nanti di Padang Mahsyar," itulah ungkapan yang terngiang-ngiang...

Lelaki Korea Utara Dibawa...

SEPANG - Seorang lelaki warga Korea Utara yang ditahan untuk membantu siasatan kes...

UMNO, BN Perlu Menang...

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menang besar pada Pilihan...

Matang Dan Bijak Memilih, Amalkan Sikap Tabayyun

KUALA KANGSAR – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu bijak dan matang dalam menilai segala tohmahan dan dakwaan parti pembangkang bagi meraih undi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata pengundi terutama yang beragama Islam, perlu mengamalkan konsep “Tabayyun” iaitu jangan dengar dan terus percayai sesuatu berita yang diterima kecuali dapat disahkan kesahihannya.

“Melaluinya, ia bukan sahaja dapat menghindari kita dari terjebak fitnah, malah dalam konteks PRK ini, ia mampu membantu pengundi untuk mengelak terjerumus dalam jerat diatur pihak berkenaan dengan membuat keputusan yang salah di hari pengundian.

Saya yakin pengundi di dua kawasan ini amat matang dalam memilih sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada mereka, untuk itu saya berharap mereka akan terus kuat berpegang teguh kepada prinsip seterusnya membuat pilihan terbaik pada hari pengundian esok,” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas selesai menghadiri program Ziarah Kasih Rumah ke Rumah melibatkan pengundi uzur dan warga emas serta Penyerahan Bantuan Keperluan dan Perubatan di Taman Sri Merchu, di sini, hari ini.

Pengundian PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, berlangsung esok.


Dalam program itu, 15 pengundi kurang sihat diberi rawatan dan nasihat kesihatan oleh pasukan perubatan dari Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS).

Asyraf Wajdi berkata selain menziarahi pengundi uzur dan warga emas, program itu juga bertujuan membantu mereka yang kurang sihat keluar mengundi esok.

“Melalui pemeriksaan kesihatan yang diberikan pasukan kita (PICOMS) pada hari ini, diharapkan supaya ia dapat membantu mereka lebih berdaya untuk keluar menunaikan tanggungjawab di hari pengundian esok,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori